Sunday, 13 October 2013

What Happen ? ? ? oohh UNIMAS


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya akhi wa ya ukhti. Haaaa lama  kan Cik Fatin Nasuha menyepi. Actually, dari 1 September lagi Cik Fatin Nasuha nak update belog kesayangan ni. Tup~~tup handphone pula rosak. Sedih bangat sih ! semua foto dari Lapangan Terbang Kuching sampai la gambar-gambar aktiviti dekat Unimas aku snap, tapi dah handphone buat pasal, aku pon lupakan ja lah niat nak post2 gambar ni semua. Lagi satu, aku busy dengan kuliah. HuHu * cheeewwaahhh kelas kau jah !*

About 4 weeks aku menetap di Sarawak. Semua pakat tanya "best tak dok Sarawak". blurrr sebentar. Cakap ja Sarawak, guess what apa yang orang selalu cakap. "barang-barang mahal", "ulat sagu laaa makanan hang", dan bla..bla..bla... Haaaaa yang tu lah otak aku ligat ja berfikir. Jangan percaya 100%. Ya, memang kat Sarawak keperluan harian dan makanan mahal. Tapi kalau pandai cari tempat nak shopping, comfirm jumpa yang murah-murah. Contoh terdekat, Summer Mall --> kompleks terdekat dengan Unimas. Barang semua murah-murah. standard la dengan student kan.. Sarawak ni lebih kurang ja macam kat Semenanjung Malaysia, cuma certain part ja yang berlainan sikit.

Best sangat duduk kat Sarawak. Aku dapat rasa kehidupan sebenar sebagai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. ya lah Sarawak kan da Iban, Melanau and macam-macam. *terasa diri ni ada di oversea sebentar* haaa, jom kita flashback what happen before ang after :


Minggu pertama dekat Unimas, macam biasa lah sesi buli membuli oleh akak-akak senior berjalan lancar. Actually, depa tak buli sangat pun. Hahaha sporting ada ahh. Aktiviti-aktiviti untuk Minggu Aluan Pelajar sangat3 best baq hang.. ! Memori yang paling student fresh intake this september suka, adalah tarian XI SHU SHUA. Best oooo.. bagi la apa tarian pon, tarian ni tetap jadi permintaan ramai.
Minggu kedua, my first lecture begin. Muahahahaahah semuanya dirasakan senang hati tanpa assignment. Semangat ja aku bawak buku nota tebal-tebal. 4 bulan lebih otak aku ni rest. dah berlemak dah otak ni. So, otak aku try balik hadam semua nota-nota dan apa yang lecturer ajar. Ehhh lupa pulak nak cerita, dekat Sarawak pun ada Nasi Kerabu tau. Alaaaaa makanan Klate yang femes tu.

Nasi Kerabu Ayam Perap
Cuba renung foto ni. Kecor lior yopp ! Haa jangan main-main Sarawak pon ada ooo nasi kerabu. Before this aku selalu jugak makan tapi dekat Student Pavillion,Unimas nasi kerabu dia sangat sangat SANGAT sedap. Setiap hari aku pergi beli, samapai abe yang jual pon dah cam muka aku.

Part of my assignment.. Still ada kecacatan.

Minggu ketiga, minggu yang penuh dengan drama. Kenapa? "Minggu Assignment" bertimbun bermula. Tambah-tambah aku ni ambik kos Design Tech. Setiap kali ada assignment, WAJIB keluar duit beli barang-barang lukisan. Kalau tak, tak menjadi lah assignment. 

Minggu keempat dan seterusnya, macam-macam lah kenangan yang aku dapat. Setiap minggu aku mesti resah pasal duit. Yelah kalau bajet tak cukup, tak leh buat assignment. Hmm nasib lah Maggi Goreng SEDAP jadi peneman dikala wang saku di tahap nyawa-nyawa ikan.

Haaa, Fatin nak selit beberapa memori manis/masam/pahit sepanjang Unimas.. hehe Jeng Jeng Jeng..

Hari ber-TangLong bersama Aleen
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif.. My sweethome...

Love this painting so much !


Jiha (tudung biru)


Kelas Visual Analysis


Bersama anak buah ngee~~


Jaibi, budak sabah. Pandai lukis potret.


Selesai discussion, on the way mencari makanan.

Amacam ??? menarik kan fakulti kami. Lupa lak, kepada Nur Syafiqah Rostam Effendi, saya dah jalankan amanah yang anda nak tu.. Heheh Maaf la ye, Fatin nak kena rushing ni. Al-maklumlah sejak dua menjak jadi pendekar ni sibuk sikit. Daaaaaa nak gi latihan SILAT.. Heshhhh.. Heshhhh.. Waaa Heshh.. ! Sekian, Wassalam. Kalau rindu Fatin, sila sebut nama FATIN NASUHA tiga kali sambil pejam mata ya.. ting tong..

Pendekar Wanita,
Fatin Nasuha Zakaria






Tuesday, 27 August 2013

Sayu Sedih Sebak

Assalamualaikum / hi everyone every two and bla.. bla.. bla.. fuhh fuhh fuhhh *tiup kuat-kuat*. Dah bersarang rupanya belog FATIN NASUHA ni. Atoto kesiannya ! Actually daripada minggu lepas lagi nak update, tapi jari-jemari ni minta extend cuti menaip. so aq approve je lah. hah ALASAN.  tinggal 3 / 4 hari ja  aku menjalani hari-hari terakhir kat Pulau Pinang. Yo lah, 1 September, AHAD ni dah kena terbang jauh pi bumi kenyalang. Macam2 perasaan semua ada. haaa, cuba teka aku dapat mana? Lupa nak kasi tahu samu lu. Fatin dapat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kos teknologi seni reka. double wow ! hahhhh =='



Hati ni masih tak percaya? betoi ka aku pi sarawak. entah2 semua ni mimpi ja. *tampar pipi kuat-kuat* Awww ! sakit. Ini alam nyata bukan fantasi cik Fatin oit ! Rasa sedih pula.. Disebabkan aku bakal jadi Sarawakian, perangai family/orang yang aku sayang semakin pelik. Abah dengan Mama manjakan aku. Kakak, macam-macam dia masak untuk aku. Nasi ayam lah, laksa lah. Khamis ni dia janji nak buat Laksa Thai versi dia sendiri. Takut aku kempunan nak makan. Adik aku (Afiqah), yang ni laagi semacam. Balik ja sekolah terus peluk aku, siap cakap " Fiqah, saaaayang kakteh ! ". Ini sangat pelik. Kalau kembar dia pulak (Afiq), yang ni no feeling rasanya. Dia da kat hostel. Si dia ? hehe Toksah cakap le. Hati berat gila nak lepas aku pi. Ceq pi sana study la sayang oi :)

at Tesco Extra Sg. Dua
Alhamdulilah, akhirnya aku dapat tengok kakak kesayangan nikah 31 Ogos ni. Orang lain semangat sambut Merdeka, aku semangat nak tengok saat-saat kakak aku dengan bakal suami dia, diijab kabul. Tapi sayang, wedding day depa aku takdak. huhu tipulah kalau cakap aku tak terasa hati. Time tu aku mungkin sibuk dengan kuliah lagi. Nak balik pon, tiket flight comfirm mahai. Fulus pon bukan turun dati langit. Assobru minal iman ja laa.. Hari ni (31 ogos) depa nikah, esok tu (1 sept) aku dah berangkat. Nebes ni... syok sebab first time naik kapal terbang. before this, kalau nampak kapal terbang semangat ja aku lambai time kecik-kecik. Sekarang tak payah lambai-lambai dah. Takut sebab sana tempat orang. Susah nak balik.

Tiba-tiba teringat kata-kata kawan baik aku ni " FATIN ! nanti dah sampai sarawak jangan lupa aku nah ! Post gambar semua kat belog hang tau ! Aku nak tengok !" semangat gila Cik Pikah ni menjerit dalam fon. Nasib telinga ni masih berfungsi. hahahah jangan marah ya yang..... Jangan risau aih. Aku mesti update /roger2 kat hang.

Pssttt.. ! Pssstttt.. ! Aku baru ja balik daripada Pejabat KEMAS. Last minute pi minta cop pengesahan salinan. Lama kot. yang bestnya depa salah faham kat aku. Elok ja masuk pejabat, aku rasa semacam ja soalan-soalan yang ditujukan. Otak aku ligat ja jawab dalam hati "Eh, pakcik ! saya nak cop pengesahan ja. bukan nak mintak kerja". Pakcik tu semangat gila tanya macam2 soalan. Siap bercerita pasal kontrak kerja lagi. Nasib lah ada pekerja dia bagi tau "Encik, adik ni datang bukan nak minta kerja. Dia nak buat cop pengesahan untuk masuk universiti". Yesss ! akhirnya ada jugak penyelamat. Akhirnya, aku boleh tarik nafas lega. Semua urusan dah settle.

PTPTN : Done !
Setem Hasil : Done !
Dokumen Perjalanan Terhad : Done !
Borang-borang / Dokumen penting : Done !
Packing barang : not yet. baru 80%.

Daripada otak ni dok stress, rasa lega cikit. Sebelom ni sentiasa serabot ja dengan urusan nak masuk U ni. Haaaaa, sekarang baru boleh relax sikit. Fatin baru beli majalah tadi *yang tu pon nak gitau*. Motif ? Keluaran 1 september, majalah REMAJA, kak hanis jadi covergirl. Comel nya ! Cantik2!  Ok lah jari pon dah letih, tak sabar nak baca majalah ! Check it out ! ! Wassalam :)


sincerely,
Fatin Nasuha Zakaria




Thursday, 20 June 2013

LAKSAM by Chef Fatin Nasuha

Assalamualaikum semua... semua sihat?  kalau sihat Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan umur yang panjang. Nak dijadikan cerita, hari ni Fatin cuti kerja. So, duduk rumah je lah. Malas nak keluar sebab MALAS LAH.. Hehe Ye la selalunya kalau cuti kerja, mesti semua pakat keluar pi window shopping lah, bawa family makan angin lah ape lah.. Tapi Fatin just pilih nak restkan badan..

Alang-alang dah duduk rumah sorang-sorang tu (yang lain pi kerja ngan sekolah), tiba-tiba mentol atas kepala ni menyala * ting !*. Haaa, tercetus idea nak try masak laksam.. tahu tak laksam tu apa? Alaaa laksam ni makanan orang Kelantan. Kuah dia boleh dikatakan ala-ala laksa tapi versi ada santan. 

Masa Fatin bagi tahu Mama Fatin yang Fatin nak buat laksam, bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mama macam polis nak siasat kes jenayah ja. Mana tak soalnya, Fatin sekali pon tak pernah masak laksam. Kalau makan tu pernah la beli kat Pasar Malam Sg. Ara. So, sekarang Fatin nak bagi resepi laksam bagi siapa yang first time nak cuba (",)

Bahan-bahan (laksam) :
3 cawan air
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

Mula-mula, letak periuk pengukus atas dapur (jangan lupa letak air). Biarkan dan tunggu sampai air mendidih. Sementara air nak mendidih tu campur  la semua bahan-bahan (untuk laksam), kemudian kacau sebati. Bila air dah mendidih, sapu minyak masak kat tudung periuk letak dalam pengukus. Kemudian, letak satu senduk  campuran tepung semua tu tadi letak di atas tudung periuk. Biarkan dalam 5 ke 6 minit. Nak tau laksam tu dah masak atau tak, kalau ada gelembung maksudnya dah masak. Dah masak tu angkat, tunggu dia suam sikit guna spatula plastik atau pun sudu untuk nak gulung laksam. Jangan sentuh guna tangan, PANAS oo.. Lepas dah gulung tu letak kat dalam dulang ka apa-apa bekas. Nanti dah sejuk potong guna gunting ya..

Taraaaa... ! macam ni lah gulungan laksam yang cantik

Yang tu baru laksam, sekarang jom usya bahan nak buat kuah laksam pulak.

Bahan-bahan (kuah laksam)

10 ekor ikan curut (nak buat guna ikan lain pon boleh)
1 tin kecik sardin (buang sos tomato)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar 
1/4 halia  & 1/4 lengkuas (agak-agak dalam besaq ibu jari tangan)
2 keping asam keping
sedikit lada hitam (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
2 bungkus pati santan (kat kedai jual dalam 1= RM1.00)
Air (ikut citarasa nak bubuh banyak mana)

Ok firstly,rebus ikan sampai masak lah (ikan tu jangan lupa siang pulak). Kemudian asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan yang sudah tidak bertulang lagi masukkan ke dalam blender. Kemudian blendkan dalam 1 atau 2 minit. Okey next, terus letak semua bawang, halia,lengkuas, lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam blender bersama ikan rebus tadi dengan ikan sardin yang dibuang sos tomato tu. Blend kan semua campuran lagi sekali sampai betoi-betoi hancur. Last masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuk bersama santan, serai dengan asam keping, letak atas dapur. Kacau dan masak sampai mendidih.

Takkan nak makan laksam dengan kuah ja kan, so kena la tambah "accessories" dia kan baru la complete.

Ulam untuk laksam:
Kacana panjang
Bunga kantan
Tauge
Daun Kesum
*nak tambah timun dengan kobis pon boleh*

Potong semua ulam ni kecik-kecik.

Sambai untuk laksam :

Cabai kering
Cili padi
Cuka makan
Gula & Garam secukup rasa

Blender semua sekali. siap !

Nahh, nak nak ambik sendiri dah bubuh siap atas meja

Alhamdulillah, berjaya jugak Fatin buat sorang-sorang. ehh lupa plak.. Terima ksih yang tak terhingga kat adik kesayangan, Nur DinieAfiqah sebab tolong potong ulam-ulam ni *tangan dibahu, mata keatas* Hmm, perut pun mula dok meragam siap buat lagu "REMBAU Most Wanted". Jom makan ?

Laksam oh laksam

Sampai sini je la ye.. Fatin nak makan laksam.. tak sabaq dah ni.. Sapa-sapa yang belum pernah buat, try la.. Nanti kalau menjadi bagitau Fatin yaa... :)

Yang Tengah Lapaq,
Fatin Nasuha ..









Monday, 27 May 2013

addicted with TAKOYAKI

Assalamualaikum, para pembaca yang comel cantik hensem. terima kasih sangat sudi ringankan tangan untuk membaca belog fatin ni. pewwwwwit. *tepukan genuruh*

30 April 2013, alhamdulillah fatin tamat pengajian di KMPP. so start lah sesi tanam buah anggur bagi semua pelajar matrikulasi seluruh Malaysia termasuklah cikk fatin yg tembam ni. ahaks ! lebih kurang seminggu jugak la fatin menganggur dok rumah ja. Rutin harian memang sangat lah boring bergelar penganggur geseran nih.. chewaaah.

8 Mei 2013. Alhamdulilah fatin dapat tawaran kerja sementara nak tunggu result UPU (for degree). Fatin kerja kat Kompleks BJ, Penang,, Fatin kerja kat Butik Farolisa Collection. jual tudung, shawl, dress n skirt.. haaaaa sapa penah pi angkat kening -_-'

setakat ni ja ringkasan hidup. haaa now tiba lah masa untuk fatin nak bercerita plus pot pet pot pet sikit pasal makanan Jepun..

"GUESS WHAT?" aa aaa aaa bukan shushi ya.. taraaaaaaaaa, TAKOYAKI lah.



Takoyaki ni merupakan makanan yg berasal dari Jepun. bentuk dy mcm fishball sikit. agaknya ukuran dy besaq sikit dari bola pingpong,


Wednesday, 17 April 2013

LAST CHANCE

Assalamualaikum.. salam 1 Malaysia.. Err ( = =,).. cuba pandang tajuk entri fatin kali ni.. *bunyi cengkerik  jap kreekkk kreeeek kreekkk *

jom study :)


For your information.. fatin tengah menghitung hari.. bukan hari jadi, bukan hari mengundi.. tapi hari yang dinanti-nanti oleh semua pelajar Matrikulasi di Malaysia.. *heyy negara lain mana ada matrik2 ni semua..haaaacemm!*

ohhhh my final exam "PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI II (PSPM II) SESI 2012/2013"


 arghhhhh... stress.. takut sangat. pulun fatin jangan tak pulun.. last chance.. jeles tgk kawan-kawan fatin yang dah start cuti.. untung laaa korang punya final exam dah habeh,, huhu

ramai orang selalu cakap jurusan perakaunan ni apa laa sgt..senang nak score lah apa lahh.. orang tak pandang laa pa la... Hey, cakap memang senang kan? cuba ganti jap tempat fatin.. haahhh...

 Jurusan perakaunan kat matrik cuma da 4 subjek (perakaunan, Math for account, mikro/makroekonomi, pengurusan perniagaan, ) plus ngan MUET..  kalau kita study plus faham memang leh score..tapi kalau study tapi susah sikit nak faham tambah ayat yang da double meaning..fuhhhh.. ekkkk... hehehehe lu pkir laa
sendiri...

sekarang ni kat matrik, telah berlansungnya "study week".. tak hairan lah kalau fatin turun jalan-jalan sekitar KMPP nampak macam-macam ragam student kat sini.. da yang study kat kafe, tepi tasik,.. tepi jalan.. ekkkk
semua orang tak fikir dah apa orang nak kata, asalkan study..kan...kann..kan..


tapi... fatin sedih sangat plus stress dengan manusia yang susah nak faham diri kita ni.. tak pasal-pasal ja fatin ni kena cop SOMBONG laa.. DAH BERUBAH laa.. TAK MACAM DULU laa..apa laaa...Amboi senangnya manusia-manusia ni cakap kan, ok fine... dah la kena cop macam tu, pastu siap nak perli-perli lah marah fatin lah..fatin STRESSSSSSSS dengan manusia-manusia macam ni faham tak? Ya Allah, fatin tak pernah nak sombong dengan sapa-sapa.. tolong lah faham.. fatin ni study kat matrik. semuanya nak kena pulun dalam masa satu tahun ja. bukan nk bangga ka apa.. fatin minta maaf sangat kalau sapa-sapa yang rasa fatin dah lama tak contact ka apa ka.... sori sangat.. buat masa ni fatin sangat sibuk dgn preparation untuk final exam..

yang ikhlas,
        fatin nasuha binti zakaria




Wednesday, 23 January 2013

Matric LIFE (exam n so on)

Assalamualaikum.... salam sejahtera... hmmmm... time-time macam i kalau dapat pekena pisang goreng panas dengan sirap limau ais..perghhh sedapnya.. tambah-2 pula tengah hari camni perut mula buat konsert macam-macam lagu dah kan... ahaks.. *gelak gegeh*

forum cinta vs cita-cita.. snap pic dulu !

nampak tak kerajinan terserlah 
EXAM..... argggh.... 4 days to go... ya Allah, setakat ni preparation baru 70% ja...

hahh.. ? lagi 30?? ekk...hmmm..... ni la yang dok tension...lagi 30% tu makroekonomi belum settle lagi.. arghh..memang stress...study and baca, hapai mua..satu pun tak mau masuk... dengan keluk bagai semua..pening...

by hook or by crook, UPS semester 2 ni aku kena gak dapat atleast pointer 3.5 ke atas.. waaargggg.. sakit kepala semakin memuncak..dah la fikir exam satu hal, elaun pulak belum dapat lagi..duit pun macam malu-malu kucing nak keluar.. semakin hari, semakin sengket..

nasiblahh ada kawan-kawan yang selalu bagi dorongan.. keletah depa selalu fatin wat terhibur. tambah perangai kawan baik aku yang sorang ni Syafiqah. hahah pagi petang siang malam, berkepit ja kami dua orang ni.. ramai yang anggap kami ni kenal dari tadika.. hahhh  TADIKA.. fatin dok area pulau.. syafiqah area bertam.. bila tahun pulak tadika sekali nih.. biasalah kalau dah bagai isi dengan kuku,.. no wonder orang cakap cam ni..hehe

izyan (shawl hitam) is my classmate kt mashoor.. and nindiaa Syafiqah (tudung pelangi

 ..suka duka semua sekali.. apa yang suka dukanya? macam-macam lah.. nak cerita panjang sangat so fatin letak gambar-gambar k... kwang3.. *entri macam pasemboq dah*


dalam kuliah..fokus... !

hati gembira tunggu char koteow

kami atlet kawad KAKOM 
praktikum yang sporting habes



Aini... makcik yang setia menunggu fatin.. semata-mata nak gi kelas sir bakhiar


our JPP


ni Izzana... jiran depan bilik... pandai ooooo