Thursday, 20 June 2013

LAKSAM by Chef Fatin Nasuha

Assalamualaikum semua... semua sihat?  kalau sihat Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan umur yang panjang. Nak dijadikan cerita, hari ni Fatin cuti kerja. So, duduk rumah je lah. Malas nak keluar sebab MALAS LAH.. Hehe Ye la selalunya kalau cuti kerja, mesti semua pakat keluar pi window shopping lah, bawa family makan angin lah ape lah.. Tapi Fatin just pilih nak restkan badan..

Alang-alang dah duduk rumah sorang-sorang tu (yang lain pi kerja ngan sekolah), tiba-tiba mentol atas kepala ni menyala * ting !*. Haaa, tercetus idea nak try masak laksam.. tahu tak laksam tu apa? Alaaa laksam ni makanan orang Kelantan. Kuah dia boleh dikatakan ala-ala laksa tapi versi ada santan. 

Masa Fatin bagi tahu Mama Fatin yang Fatin nak buat laksam, bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mama macam polis nak siasat kes jenayah ja. Mana tak soalnya, Fatin sekali pon tak pernah masak laksam. Kalau makan tu pernah la beli kat Pasar Malam Sg. Ara. So, sekarang Fatin nak bagi resepi laksam bagi siapa yang first time nak cuba (",)

Bahan-bahan (laksam) :
3 cawan air
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

Mula-mula, letak periuk pengukus atas dapur (jangan lupa letak air). Biarkan dan tunggu sampai air mendidih. Sementara air nak mendidih tu campur  la semua bahan-bahan (untuk laksam), kemudian kacau sebati. Bila air dah mendidih, sapu minyak masak kat tudung periuk letak dalam pengukus. Kemudian, letak satu senduk  campuran tepung semua tu tadi letak di atas tudung periuk. Biarkan dalam 5 ke 6 minit. Nak tau laksam tu dah masak atau tak, kalau ada gelembung maksudnya dah masak. Dah masak tu angkat, tunggu dia suam sikit guna spatula plastik atau pun sudu untuk nak gulung laksam. Jangan sentuh guna tangan, PANAS oo.. Lepas dah gulung tu letak kat dalam dulang ka apa-apa bekas. Nanti dah sejuk potong guna gunting ya..

Taraaaa... ! macam ni lah gulungan laksam yang cantik

Yang tu baru laksam, sekarang jom usya bahan nak buat kuah laksam pulak.

Bahan-bahan (kuah laksam)

10 ekor ikan curut (nak buat guna ikan lain pon boleh)
1 tin kecik sardin (buang sos tomato)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar 
1/4 halia  & 1/4 lengkuas (agak-agak dalam besaq ibu jari tangan)
2 keping asam keping
sedikit lada hitam (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
2 bungkus pati santan (kat kedai jual dalam 1= RM1.00)
Air (ikut citarasa nak bubuh banyak mana)

Ok firstly,rebus ikan sampai masak lah (ikan tu jangan lupa siang pulak). Kemudian asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan yang sudah tidak bertulang lagi masukkan ke dalam blender. Kemudian blendkan dalam 1 atau 2 minit. Okey next, terus letak semua bawang, halia,lengkuas, lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam blender bersama ikan rebus tadi dengan ikan sardin yang dibuang sos tomato tu. Blend kan semua campuran lagi sekali sampai betoi-betoi hancur. Last masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuk bersama santan, serai dengan asam keping, letak atas dapur. Kacau dan masak sampai mendidih.

Takkan nak makan laksam dengan kuah ja kan, so kena la tambah "accessories" dia kan baru la complete.

Ulam untuk laksam:
Kacana panjang
Bunga kantan
Tauge
Daun Kesum
*nak tambah timun dengan kobis pon boleh*

Potong semua ulam ni kecik-kecik.

Sambai untuk laksam :

Cabai kering
Cili padi
Cuka makan
Gula & Garam secukup rasa

Blender semua sekali. siap !

Nahh, nak nak ambik sendiri dah bubuh siap atas meja

Alhamdulillah, berjaya jugak Fatin buat sorang-sorang. ehh lupa plak.. Terima ksih yang tak terhingga kat adik kesayangan, Nur DinieAfiqah sebab tolong potong ulam-ulam ni *tangan dibahu, mata keatas* Hmm, perut pun mula dok meragam siap buat lagu "REMBAU Most Wanted". Jom makan ?

Laksam oh laksam

Sampai sini je la ye.. Fatin nak makan laksam.. tak sabaq dah ni.. Sapa-sapa yang belum pernah buat, try la.. Nanti kalau menjadi bagitau Fatin yaa... :)

Yang Tengah Lapaq,
Fatin Nasuha ..









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikumm .. hai tak kan baca je.. tinggal 1 komen pun jadik lahh lebiuu mmuah <3